Tuesday, March 31, 2009

leganya....

perghhh.......gile ahhh..jumaat aku penuh dgn kesibukan...pepagi aku dah sampai opis siapkan buku program untuk projek aku......
dah la ada mesyuarat kelab keluarga...barang untuk program satu pun tak beli...adoiyaii..hehehe.....aku pg kejap je la jawabnye....dah la ada lantikan ajk baru..tamo la aku jd ajk.....aku pun pegi la kejap tunjuk muka je....pastuye terus pegi tesco ampang beli barang...hehehe...bekejar la jugak...dah la hari jumaat nak pg solat lg...nasib baik sempat...pukul 3 petang pendaftaran peserta jem otak aku jap kul 3.15 baru ada 8 orang...huhuhu...mampos aku..dah la 1st projek...kul 3.25 dah mula ramai last2 ada la 30 orang....peghhhhh leganyaa......hujan lebat nya petang tue....aku dah pening jugak la...camne la bas nak naik bukit putus...aku punya kejar nasib la jumpe bas kat on the way nak naik bukit putus....sampai serting dah kul 7.00pm....seronok gak la walaupun penat urus sorang-sorang.

sabtu banyak jugak la program yang dijalankan...ada jadual pun bukan la ikut sangat....redah je....heheheh.....janji bebudak happy....tapi penat ooo....bekejar pegi beli barang,carik macam2 la lagi lepak punya lepak last2 aku terlelap....kepenatan sangat-sangat......dah la sorang2 jd urusetia.....huhuhuhu........

ahad hari last lega pun ada sebab program dah nak abis....aku pun xtau nak cakap ape untuk penutup...dah la aku tak kenalkan diri kat budak2 aku nie sape....sampai majlis penutup budak2 panggil facilitator lak jemputan penutup....heheheeh.....aku punya gelak la.....xpe la aku rilek je main cakap je ape yg terlintas....tetiba aku teringat kata orang...

'lau kita nak jadi pemimpin jangan la jadi seperti ombak,hanya garang ditengah lautan tetapi tunduk bila tiba di pantai,tapi jadi lah seperti batu besar di tepi pantai,apabila dicampak ketengah lautan ia akan menyebabkan gelombang besar.....'

teringat kat ayat dalam teater ibu zain...

yang sekepal jadikan gunung,yang setitik jadikan laut,alam terbentang jadikan guru,akar dibumi,akal dilangit....

heheheheh ok la jugak....tak penah aku buat public speaking....ok la jugak 1st time....program abes kul 2 ptg....aku balik dlam keadaah kepala pusing sangat2 aku dah pening....adusss......

isnin aku cuti....lepak punya lepak....aku pun xtau nak pg mane dah...nasib la mr green ado lak lepak ngan aku...heheheeh....sampai ke petang la...huhuhuhu....bosanyee....

selasa pun aku cuti lagi...pepagi lepak2 tapi jumpe lak ngan fakhzan lepak jumpe kat sc proton kat senawang....sampai kul 12 jugak la....
aku balik2 terus telena sampai kul 3....

heheheehe.......malam aku lepak ngan abela6 dari kelantan..syok gak tgk kete dia.....hahahha....ape lg sate tulang la.....mcm syok je dia makan siap tambah2 lagi....hehheheheeh.....lepak2 sekali ujan daaa....
kul 11 green ngan zouk sampai....lepak2 sampai kul 12...ape lagi chow la....soknye keje...penat2.....
hehehehhe..........

Sunday, March 15, 2009

Maafkan Diriku

kau membuat ku merasa berharga,
kau layanku umpama putera,
kau lah satu-satunya tiada ke dua,
kini aku membawa diri sendirian,
meninggalkan mu,
aku dirantauan,mengharungi segala cabran,
suka duka hidup.. tanpamu....
jangan kau tinggalkan aku,
sendirian lagi...
jangan kau biarkan aku begini lagi,,,
akan kuluahkan segala isi hati,
akan ku brikan segala kasih sayangku ini...
engkau akan sentiasa bertakhta di hati ini....
engkau satu tiada pengganti....
andai aku berdosa harap engkau ampuni...
ya Tuahanku....bantulah hambamu ini...
berilah padanya kekuatan,
tabahkan lah hatinya...
maafkan aku Mama andai aku mengguris hati.
engkau lah yang satu bagi ku...

*selamat hari ibu

Thursday, March 12, 2009

Terima Kasih Chenta

ku layarkan bahtera rindu...
terbiar di tengah lautan rasa...
hati dan perasaan...
kupendam dalam derita....
kisah silam menjadi penawar suka duka....
dalam tawa yang terlukis...
ada tangisan yang ku nangis...
kau telah jauh....
kerana kesilapan yang ku lakukan...
moga kebahagian mejadi milikmu selamanya...
andainya aku seorang pelukis...
akan ku warnakan dunia ini...
dengan keputihan tanpa tercela..
titik-titik kehitaman...
kata orang peluang kedua jangan disiakan..
benarkah ada peluang itu...
pastikah kan datang peluang itu...
andai ia kembali...
akan kuhargai sepenuh hati...
sifat manusia tak pernah meghargai...
bila kehilangan baru mencari...
semoga bahagia akan terus menjemputku...
terima kasih cinta...

Wednesday, March 11, 2009

Jagalah Hati Seseorang.....

pernahkah kamu memancing??? kalau tak pernah memancing,pernahkah kamu melihat orang memancing?? kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?
baiklah,katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera putar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan. Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihatt pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan. Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya. Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.. Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. dengan mulut yang koyank dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan ,untuk berenang pun mungkin dai tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu, hendaklah kamu menjaga hatinya.Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu. Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta,seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main,akan ada pihak yang menagis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkankembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang. Cinta adalah fitrah manusia. Allah menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hambanNya menjalani hidup mereka,tapitahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang bahagia kerana cinta. Kenapa jadi begitu? Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran,kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana Allah. Hanya cinta yang begini akan kekal,selain pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan. Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dahulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah kamu cuba-cuba untuk memberi hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini hanya menghabiskan masa, membazirkan air mata, dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita..... Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberi harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya... Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pun akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu....

aku,dia dan mereka...

apabila aku dan dia berkata,
mereka mula berkata-kata,
apabila aku dan dia tak berkata,
mereka diam seribu bahasa,
salahkah aku dan dia berkata???
hinggakan mereka mengata-ngata,
ahh....bukan aku yang berdosa,
bukan juga dia yang berdoasa,
yang berdosa mereka yang mengata,
tapi...bersalahkah aku biarkan...
mereka mengata?????
tak mengapa....
aku nak terus diam tanpa bicara...
biar aku,dia dan mereka...
tiada yang berkata dan mengata,
maka tiadalah yang berdosa dan
merasa berdosa......

Mencari

dalam gelap yang malap,
tiada apa yang dapat ku dakap,
dalam terang yang benderang,
berbagai benda dapat ku pandang,

segalanya adalaah zahir,
kerana ia saja yang terpamer,
ada juga yang lahir,
kerana ia tak dapat diukir,

antara intan dan kaca,
di mana letak cantiknya,
antara batu dan permata,
dimana letak indahnya,

begitulah hidup manusia,
yang indah fitnah dunia,
yang cantik menarik di mata,
adalah racun menuju neraka.....

Kata-kata

berkata ayah buat baik berpada-pada,
berkata ibu jangan berlawan,jangan menyakiti,
berkata sahabat kita bersama selama-lamanya,
berkata kawan kite tetap kawan jangan makan kawan,
berkata doktor tiada penyakait yang tiada penawarnya,
berkata peniaga ubat belum cuba belum tau,
berkata peguam keadilan tetap ditegakkan,
berkata ustaz amalanmu dihiting di akhirat,
berkata tentera sentiasa sedia berkhidmatt,
berkata polis mesra cepat dan betul,
berkata menteri memimpin secara telus dan amanah,
biar apa dan siapa yang berkata,
aku bukan jurulelong,
yang cakapnya semua benar,
walaupun segalanya adalah BOHONG,.......

kalau..kalau....kalau

manusia...tak pernah lari dari kesilapan...
tapi betul kata-kata orang lama...
telajak perahu boleh diundur terlajak kata terima la akibatnya....
penyesalan,keinsafan tak guna lagi bila kita dah melepaskan segalanya....
orang pernah berkata tentang peluang kedua....
betul ke ada peluang kedua tue...atau sekadar nak menyedapkan hati yang terluka..
hehehehehe....... terluka,melukakan,dan dilukai....
baguskan memang tue la sifat-sifat manusia.... ntah la...
kadang-kadang sekadar ujian tetapi orang ambik serius...
bila dah terlepas baru terhegeh-hegeh nak carik balik... menyesal pun takguna....
kalau la masa boleh diputar kembali....kalau la aku tak macam nie...
kalau la benda nie semua tak terjadi....kalau itu...kalau ini....kalau macam tue....kalau macam nie..
kalau.....kalau....kalau.....
kenape la ada perkataan kalau.... kalau nie membuatkan kita mcm menyesal....tak yakin...
hehehehe.... boleh tahan la aku melalut pagi-pagi nie....biasak la bosan sorang-sorang kat opis lagi... jadik kepada semua kawan-kawan hargailah apa yang kita perolehi sebelum kita kehilangnnya..... mungkin apa di lautan boleh kita duga.....tapi... apa dihati tak siapa tahu..

Tuesday, March 10, 2009

Menanti Waktu

takdir dan waktu.....
hanya itu bakal menjadi penentu,
mungkin ianya sesuatu yang pasti untukku,
atau bagiku hanya terus menunggu,
kepastian....pengharapan...
itulah yang kini menjadi persoalan,
apakkah mungkin dikembalikan??
terungkap satu persoalan...
bagai mana dengan jawapan??????
lahirlah soalan dari persoalan...
andai takdir mengembalikan....
takkan aku sia-siakan..
kerana engkau telah lama,
aku impikan dalaam penantian....
penantian satu penyiksaan......
tetapi penantian perlukan kesabaran
dan ketabahan...
kata-kata ini yang kini menjadi pegangan....

Memburu Mu

malam....
hadirmu mengundang rindu,
mengubati hati yang sayu dan pilu,
ramai insan yang telah kaku,
bermimpi di dalam kelambu,

namun....
aku masuh lagi tak jemu,
mencari yang belun ku temu,
kemanakah menghilang dirimu,

kini.....
tinggal diriku bak pungguk merindu,
aku merayu padamu malaam,
jangan kau hilangkan kenanganku,
kerana hadirmu membuka,
lembaran baru dalam hidupku....