Saturday, October 31, 2009

Generasi....

di pagi 1 Nov aku bergerak pagi...dalam suasana dingin aku lepak kat satu kawasan perumahan yang ada taman permainan kanak-kanak....nyaman kehijaun yang terserlah....aku rasa tenang je.....tapi...mane semua manusia2 nie...sorang pun xde. tak bangun lg ke ape.....

tiba2 aku terlihat ramai kanak-kanak datang ke taman permainan tue....dengan t-shirt uniform sekolah la aku jadi tertanya2....sekolah ke ari nie????rasanya ari nie ahad....melihat kanak-kanak bermain aku jadi tenang je......sepasang pelajar menaiki buaian....ada jugak yang main papan longsor...paling best yang main 'monkey rack'...

lama aku tengok...makin lama makin banyak persoalan yang bermain dalam minda aku....kesian budak-budak nie...baru nak belajar mengenal hidup di dunia.....lama...jauh perjalanan diorang.... banyak yang diorang kena belajar....asam garam hidup di dunia....walaupun orang kata ikan di laut asam di darat....dalam kuali bertemu jua......memang akan bertemu...tapi kita takkan tau dalam keadaan mana yang diorang temui.....

berlari-lari riang kanak-kanak kecil tue......adik-adik ape la cabaran yang mendatang nanti....betul kata orang terhadap yang terdahulu.....kalau takde yang terdahulu tak mungkin mereka akan dapat hadapi semua ini..........dalam dunia yang penuh dengan pancaroba dan dugaan yang tak kau kenali tiba-tiba kau terpaksa hadapi.....ingat lah wahai adik-adikku...jangan kau leka dan alpa....

buaian terus berayun....riang gelak tawa yang entah ke mana...beberapa budak mencuba 'monkey rack' satu....dua....tiga....alamak jatuh....try lagi....satu....dua....tiga,....empat...Lima..... opsss...tak lepas jugak....huhuhuhuhuhu.....di antara rack ada satu tali terikat...tiba2....seorang kanak2 cuba panjat tali tue....tiba-tiba tali tue putus...kanak-kanak tue jatuh terlentang....kesiannya....dia buat xtau...sapu2 sikit terus bangun tanpa kesakitan......

dalam kegembiraan dan kerianga itu tiba-tiba hilang tawa ria....semua berlari ke satu arah...
mungkin nak pergi sekolah kot.....ok la tue......belajar rajin-rajin ye dik.....dalam kesunyian tue aku terus memerhati keadaan.....tiba-tiba muncul nenek tua berjalan perlahan, mengelilingi padang.....rajin betul nenek nie bersenam pagi-pagi......kuat lagi.....fikiran aku teringat kanak-kanak tadi....
mampukah mereka hadapi cabaran untuk ke usia seperti nenek tua nie......nenek....nenek si bongkok tiga.....hahahaaha....ungkapan lagu kanak-kanak.....

ape yang aku lihat hari tue adalah satu pengalaman berharga.......putaran kehidupan manusia yang kita takkan tahu kesudahan yang mendatang.....walau sudah tertulis sejak azali tapi takkan pernah kita ketahui......selamat sejahtera kepada semua....semoga berbahagia hidup didunia.... jumpa tak jumpa kita akan bersama semula di Sana....tempat yang kekal abadi....

Wednesday, October 28, 2009

Kemaafan

dalam menjalani kehidupan seharian...kita sering melakukan kesilapan samaada disengajakan atau tidak...namun kita tak pernah sedar bahawa kesilapan tue mungkin telah berlaku berulang kali...andai ada insan yang dapat memaafkan kita dengan kesilapan yang berulangkali kita lakukan..bersyukurlah...namun ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan kesilapan ada yang akan merasa kecewa dengan apa yang telah kita lakukan...dalam sedar atau tidak perasaan kecewa itu menjadi pisau yang pedih menghiris hati yang lama memendam rasa...kebodohan diri menjadi punca kita melakukan kesilapan berulang-ulang tanpa diduga......perbuatan ini akan menyebabkan orang yang tersayang merasa kecewa dan akan melahirkan kekecewaan itu...aku tergolong dalam kelompok yang bodoh nie kot....bagus jugak la klu aku ada dalam senarai...aku memang tak pandai dalam segala hal yang pelik-pelik nie...aku ada hati dan perasaan aku dapat rasa apa yang orang rasa...namun kebodohan menjadikan aku seorang yang kadangkala kecewa dengan diri sendiri yang hanya nak puaskan hati orang tanpa memikirkan perasaan aku sendiri..
aku malas nak fikir benda2 nie....kan senang biarkan je aku macam nie....biarkan aku terus hidup dalam perangkap diri sendiri....

Tuesday, October 20, 2009

Pesanan Buat Seorang Aku......

Pelik Bin Ajaib.....

dalam sebuah perkenalan kita tak pernah tahu apa kesudahan kepada persahabatan tersebut... walau apa pun yang terjadi dalam sebuah perhubungan ianya adalah asam garam dan adat dalam mengahadapi kehidupan seorang insan yang benama aku...andai perkenalan menjadi satu sumber bagi pengajaran dalam hidup kita maka carilah perkenalan tanpa mengira siapa kita atau ape yang kita ada......siapa dia...atau apa yang dia ada....tak perlu kita nak berkira...sebab kita adalah kita...mereka adalah mereka ..keikhlasan di hati itu perlu tanpa ragu-ragu...jika terdetik di hati kekecewaan dan ragu-ragu maka lekaslah mohon kemaafan dan keampunan...kita perlukan persahabatan dan perkenalan demi menghadapi masa depan yang kian mencabar hidup kita... aku yang tak punya apa-apa dalam diri ini kini bergelumang dengan suasana kotaraya yang penuh dengan cobaan,cabaran dan dugaan, namun dengan niat persahabatan dan menimba pengalaman,kini aku mempunyai segalanya...aku tak perlukan harta dunia kerana ianya menjadi racun dalam hidup ini,aku hanya perlukan rakan-rakan yang boleh bersama aku dalam susah atau senang.....sedih hati ini bila kehilangan kawan-kawan yang dahulunya sanggup bersama-sama senang dalam kehidupan namun tidak sanggup menghadapi dugaan susah bersama....bak kata orang susah senang biar bersama... namun tak semua rakan,kawan,sahabat atau taulan yang dapat membuat kita seperti yang kita mahu.....walau apa yang berlaku kita harus ingat bahawa kita harus mengenali musuh kita untuk mengetahui apa kelemahan yang kita ada.... janganlah kita dengan mudah membenci seseorang kerana perasaan benci tu satu perasaan yang akan membuat putusnya tali persahabatan yang kita sepatutnya hargai....untuk aku, aku berpesan agar aku akan terus menyayangi dan meghargai persahabatan dan perkenalan yang ada untuk aku... gunakan lah sebuah peluang yang ada sebelum terlewat untuk digunakan...andai penyesalan itu tiba kerana kita tidak menghargai rugilah kita...gunakan peluang itu sebelum kita terlepas peluang yang ada......untuk semua rakan-rakan yang aku kenali dan yang mengenali aku, aku memohon kemaafan dan keampunan jika berlaku kesilapan yang aku tak sedari secara sengaja ataupun tidak... maafkan aku.....maaafkan aku....maafkan aku..walauapapun yang terjadi janganlah kita tinggalkan kenangan yang telah kita lalui bersama kerana kenangan itu megajar kita erti kedewasaan....

Wednesday, October 14, 2009

sebuah pesanan.....

Lakonan

Dalam merenung hari-hari muka nie..kadang-kadang kita takkan menjangka apa yang akan berlaku....hidup penuh dengan cubaan dan dugaan....umpama sebuah pementasan drama yang takkan berkesudahan.....setiap pelakon memainkan watak yang telah di skripkan...hanya kita yang sebagai manusia yang bernama insan yang lemah dan xbermaya menjadi pelakon yang setia di atas pentas dunia yang serba kejam dan penuh kesengsaraan.....

Hilang

Ketika meniti usia ini dan mengharungi sisa-sisa hidup..kadang-kadang kita dikejutkan dengan berbagai cobaan dan dugaan yang kita sendiri tak jangka...andai kita tabah dan terus berdoa maka akan berjumpa dengan jalan penyelesaian yang mudah...ingat lah....
kita sebagai manusia selalunya tak menghargai sesuatu sehinggan kita telah kehilangannya... ape pun yang terjadi kita haruslah ingat dan luahkan segalanya sebelum terlewat....

Maaf

tika berbicara atau berbuat sesuatu kadang-kadang ianya menyakitkan diri sendiri atau orang lain...harus kita ingat bahawa diri kita harus dihargai dan menghargai jua orang lain di sekeliling kita...tapi kita juga harus ingat bahawa kemaafan adalah penting untuk mencapai kunci bahagia...seperti sebuah kisah dongeng tentang seorang pelatih kuil sami yang di momokkan dengan perkataan maaf.....segala kesalahan di pohon maaf sehinggalah suatu hari dia telah menyebabkan kebakaran di kuil dan menyebabkan semua mati...... maka kemaafan tiada erti lagi.....

Belum

aku menulis nie aku pun tak tau kenapa sebab banyak lagi perkara yang aku sendiri belum penuhi..andai aku adalah orangnya maka aku terima dengan terbuka....andai tiada anggaplah rezki belum tiba.....rezki anak-anak......kata-kata yang menyedapkan hati...hari-hari terus berlalu....tinggal lah aku begini dan terus begini.....