Wednesday, October 24, 2012

Kau

gemersik irama, mendendang lagu cinta,

mendayu menusuk ke telinga
kelembutan mu bak pepohon
yang melambai, membelai hati yang damai



ingin ku nyatakan rasa rindu
dihatiku, mencari ke mana kau menghilang
setelah kau pergi jauh
kini baru ku sedari kau amat ku cintai....



...kini ku sendiri, air mata menangisi
tiada lagi yang menemani
bayang wajah mu sentiasa menghiasi
kau hadir hanya dalam mimpi



doa ku pohon pada yang ESA
agar bahagia di tempat abadi
kerana dirimu ku rindui
hingga akhir hayat nanti



Kisah Insan

dengan lafaz yang satu

segalanya bermula tautan sejarah
rantaian cerita demi cerita
menjadi kisah suka duka
meruntun kenangan terindah
mencoret dalam lipatan yang menjadi kenangan
bila membaca akhbar hari
merupakan sejarah semalam yang baru di ceritakan
sejarah mengajar segalanya
baik buruk sebuah dunia
...peradaban bangsa, tingkah laku manusia
hingga akhir masa
lafaz yang keluar di akhirnya
innalillahiwainnailaihirojiunn~ tamat segalanya



keinsafan

sayup ku dengar suara azan

diiringi bacaan ayat suci dari mukjizat Nabi
namun kenapa aku hanya mampu mendengar....
apakah yang berlaku??
semakin kuat suara tersebut...
alunan surah yasin kedengaran...aku berpeluh...
kelilingku banyak yang melihat ada yang bersembang...
ada yang membacakan doa....
datang bayangan lain....berjubah....lengkap serban..
yang melambai benarkah insan-insan yang kusayang...??
benarkah insan yang telah tiada...
mana mungkin mereka hidup kembali....
tapi.... berakhir dengan tak pasti...
semakin jelas lafaz syahadah dibisikkan ke telingaku.....
apa ertinya semua ini???
sekali lagi di lafazkan....
ku bingkas mengulang lafaz tersebut....
lantaran itu innalillahiwainnailaihirojiun....
tangisan memecah sepi....
raungan membangkitkan ku dari mimpi...
ya Allah....aku bersyukur kau masih hidupkan ku
setelah kau matikan diri ini seketika...
Taubat...satu kata....kerana....
ajal tak kira nak kunjung tiba~

Luahan Rasa

Kawan ketawa senang di cari, sahabat menangis sukar di cari ganti,


Teman,kawan,rakan,sahabat?

Lain makna lain maksud lain ertinya

Hanya yang faham dan mendalami

Akan sentiasa mengerti tentang perbezaannya

Bukan kerana darjat,

Bukan kerana harta,

Tetapi ketetapan dan ketentuan yang nyata..

Tiada yang menjadi peneman kita

Tiada yang jadi milik kita

...Segalanya hanyalah pinjaman di dunia....



TAMMAT~