gemersik irama, mendendang lagu cinta,
mendayu menusuk ke telinga
kelembutan mu bak pepohon
yang melambai, membelai hati yang damai
ingin ku nyatakan rasa rindu
dihatiku, mencari ke mana kau menghilang
setelah kau pergi jauh
kini baru ku sedari kau amat ku cintai....
...kini ku sendiri, air mata menangisi
tiada lagi yang menemani
bayang wajah mu sentiasa menghiasi
kau hadir hanya dalam mimpi
doa ku pohon pada yang ESA
agar bahagia di tempat abadi
kerana dirimu ku rindui
hingga akhir hayat nanti
No comments:
Post a Comment