Thursday, December 31, 2009

SeLamaT TahUn BarU

Assalamualaikum....Salam 1 Malaysia...Salam Tahun Baru 2010.....
hari nie kita semua dah melangkah ke tahun 2010...dalam meniti hari2 yang mendatang berbagai dugaan dan cabaran yang akan kita tempuhi...hidup yang panjang kini ingat lah usia kita makin meningkat...segala yang telah kita lalui adalah sejarah yang telah kita tinggalkan sebaagai pengalaman yang berharga...semoga kita tak ulangi kesilapan yang sama masa akan datang....

01.01.2010....nombor yang cantik...namun dalam kecantikan nombor nie....kita harus sedar masa yang telah berlalu meninggalkan kita yang takkan kembali lagi....kadang2 kita ada terfikir...kalau lah aku dapat pg balik pada masa lalu....kalau la itu....kalau la ini....kalau...kalau...kalau...tak kemana kita kalau terlalu asyik dengan kalau....ingat lah bahawa apa yang telah kita lalui adalah sejarah....ape yang penting apa yang akan kita lalui dan ape yang sedang kita lalui....jika boleh diperbaiki....terus la cepat2 perbaiki...

tahun baru nie selalu orang berazam....dulu aku pun teruja jugak untuk berazam macam semua orang...tapi bila fikir2 balik.....baik aku lalui je kehidupan yang telah tertulis....tue semua takdir bagi kita....cuma ianya bergantung pada kita macam mana nak mencorakkan takdir tue....tak semua takdir kita tak boleh ubah...klu tengok2 balik takdir kehidupan dapat kita ubah...dari susah jadi senang.....dari jahat jadi baik...takdir yang kita xboleh nak ubah mati....sebab tue semua adalah pasti bagi semua insan..

aku pun xtau la nak merapu ape lg....yang pasti bagi semua hadapilah tahun ini dengan baik...andai ape berlaku redha lah dengan segalanya....kekuatan untuk mengubah hanya pada diri kita...Tuhan takkan meguji kita kalau kita xmampu nak hadapi....sebab Dia tahu kita mampulah diujinya kita....jadik kita hadapilah segalanya dengan kerana semua yang terjadi pasti terjadi......hadapi dengan tenang jiwa semua kan baik2 saja...

No comments: